|26 Januari 2020| A H A D
7:00 a.m. | Aku dan keluarga telah sampai ke Perak setelah beberapa jam di dalam kereta menempuh
kesesakan lalu lintas . Lebih lebih lagi kami pergi pada musim percutian . Perjalanan menjadi lebih panjang daripada masa yang dijangka . Setelah tiba , kami sekeluarga terus menuju ke rumah tumpangan yang telah ditempah melalui laman sesawang .
Setelah sampai kami mengambil keputusan untuk berehat dahulu kerana semua keletihan setelah
menempuh perjalanan yang agak jauh .
1:00 p.m. | Pada waktu tengahari , aku sekeluarga pun keluar untuk makan tengahari di salah satu restoran terkenal di sini iaitu di Restoran Nasi Vanggey yang tidak jauh dari situ .Kami sangat menikmati makanan yang terdapat di restoran tersebut . Harganya juga sangat berpatutan dengan hidangan yang lazat
3:00 p.m. | Selesai sahaja makan aku dan keluarga pun bertolak ke Taman Reakreasi Gunung Lang .
Setelah beberapa minit kami tiba di destinasi , kami pun bergerak memasuki Gunung Lang ini dengan menaiki bot khas yang disediakan untuk menyeberangi tasik dan melihat mini zoo , Rumah Perak dan pelbagai taman yang menarik .Tempat ini sesak dengan pelancong lebih lagi kerana kami pergi sewaktu musim cuti perayaan .
MINI ZOO
Taman ini turut menyediakan mini zoo , sepanjang perjalanan kami di dalam taman tersebut , kami dapat menyaksikan pelbagai jenis haiwan seperti burung , burung kasawari , rusa , kuda padi , landak dan kerbau yang dijaga rapi di dalam kandang masing masing .
Selepas berjalan sekitar taman tersebut, kami pun mengambil gambar sekeluarga bersama sama sebagai tanda kenang-kenangan . Aku berasa sangat gembira kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga ke tempat yang menarik ini. Aku mengambil banyak gambar dan video semasa berada di sini untuk menjadikan memori dan kenangan manis .
| 27 Januari 2020 | I S N I N
12:00 p.m. |
Hari yang ditunggu tunggu telah tiba . Aku dan keluarga bertolak ke Restoran Simpang Tiga untuk menikmati makan tengahari sebelum meneruskan perjalan kami ke detinasi kami yang seterusnya pada hari ini . Makanan di sini sangat lazat . Restoran ini terkenal dengan nasi padang yang terdapat di sini .
Selepas makan kami pun bertolak ke tempat yang ditunggu tunggu .Perjalanan mengambil masa setengah jam daripada rumah tumpangan kami . Setelah tiba di destinasi ,tanpa melengahkan masa lagi kami pun terus ke pintu masuk .Kami mengambil gambar sebagai tanda kenang kenangan. Pintu masuk tidak terlalu sesak seperti yang dijangka kerana ramai pengunjung yang telah masuk pada waktu pagi lagi . Urusan kami untuk masuk agak mudah kerana semua tiket telah dibeli secara online , jadi kami tidak perlu lagi beratur untuk membeli tiket masuk .Tiket kami termasuklah Taman Tema , Taman Tema Air , Zoo dan Kolam Air Panas sehingga malam .
Kami meluangkan masa sepanjang berada di taman tema ini . Bagi kami taman tema air di sini menjadi tarikan pertama kami sepanjang berada di sini . Malangnya, kami tidak sempat untuk ke taman tema kerana kesuntukan masa dan orang ramai yang beratur untuk menaiki roller coaster dan sebagainya . Tetapi aku sangat gembira kerana dapat menaiki slide air yang terdapat di taman tema ini .
Terdapat banyak gerai untuk membeli makanan di sini kerana setiap pengunjung yang masuk kami tidak dibenarkan untuk membawa makanan dan air .
Selepas seronok bermandi manda , aku dan beberapa orang makcik dan pakcikku kami berjalan ke zoo yang terdapat di dalam Lost world of Tambun ini . Kami melihat pelbagai jenis haiwan seperti zirafah , ular , harimau dan banyak lagi .
Pada waktu petang kami bergerak pula ke " Lost World Hot Springs " kolam air panas di sini . Kolam air panas di sini mempunyai suhu air yang sangat panas .
Pada waktu malam pula kami melihat pertunjukan api yang sangat menarik. Aku kagum melihat pertunjukan api yang dipersembahkan . Aku pun mengeluarkan telefon pintar untuk merakamkan pertunjukkan yang hebat ini . Pertunjukkan api ini sangat menarik perhatian semua pelancong yang berada di sini.
| 28 Januari 2020 | S E L A S A
10:00 a.m.| Kami bertolak pulang pada hari ini . Hatiku sangat berat untuk meninggalkan percutian yang menarik ini . Sebelum bertolak pulang , kami singgah ke Greentown Dimsum Cafe yang berada tidak jauh dari tempat penginapan kami . Cafe ini sangat terkenal dengan dimsum yang sedap dan pelbagai jenis mee yang menarik .
Selepas selesai makan , kami pun bertolak balik ke Johor .Aku tidak akan melupakan kenangan yang sangat manis ketika kami berada di Ipoh ini.
Terima kasih kerana sudi membaca blog travelog aku dan keluarga sepanjang kami berada di Ipoh ini . Aku berasa sangat gembira kerana dapat meluangkan masa yang berharga ini bersama keluarga tercinta . Aku berharap aku akan dapat pergi bercuti ke tempat yang menarik seperti ini lagi selepas ini bersama keluarga dan dapat mencipta kenangan indah di masa akan lapang lagi .

















